Tidak Aktif Berlakon, Harun Salim Bachik Jual Nasi Ayam Boboi



Ramai juga yang tertanya-tanya tentang pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik yang sudah lama tidak kelihatan di kaca televisyen sehingga ada yang mengatakan dia sudah bersara.

“Jangan salah faham sebenarnya saya tidak bersara, saya cuma mengurangkan aktiviti sahaja selain berusaha di belakang tabir dan ingin mula mengarah kembali,” katanya ketika ditanya mengenai perkara tersebut.

Tambah pelawak veteran itu lagi selain aktif dengan kerja-kerja belakang tabir, dia juga sedang sibuk dengan perusahaan terbarunya bersama Afdlin Shauki, Nasi Ayam Boboi.

“Afdlin sekarang sibuk dengan seluar pelikatnya (pelikat pants) dan selepas raya nanti akan memberi fokus ke arah perniagaan baru iaitu perniagaan Nasi Ayam Boboi yang bakal dibuka selepas selepas Raya ini dan projek itu masih dalam perancangan,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya lagi idea Nasi Ayam Boboi itu dicetuskan oleh rakan perniagaan mereka yang juga seorang pengusaha nasi ayam.
“Kita akan buka satu cawangan dahulu dan sekiranya ada rezeki kita akan perbanyakkan lagi cawangan nasi ayam,” ujarnya yang akan muncul dalam filem terbaru berjudul ‘Mat Tudung’.

Dalam perkembangan lain, Harun turut menambah kumpulan Boboi masih wujud dan dia bersama Afdlin selalu berbincang untuk merancang perjalanan karier mereka sebagai sebuah kumpulan.


Previous Post Next Post