Ariel Noah bebas sepenuhnya


ARIEL

VOKALIS kumpulan Noah, Ariel kini mampu menarik nafas lega apabila tempoh bebas bersyarat yang dikenakan ke atas dirinya telah berakhir pada Isnin lalu. Perkara itu menyebabkan penyanyi berusia 33 tahun itu tidak lagi perlu melaporkan dirinya di balai polis mengikut aturan yang ditetapkan ke atasnya sejak setahun lalu.






Sepanjang tempoh bebas bersyarat itu, Ariel yang sebelum ini bersama kumpulan Peter Pan sudah hadir melaporkan diri kepada pihak berkuasa di Bandung, Jawa Barat sebanyak 26 kali.

Dalam tempoh itu juga, Ariel dilaporkan pernah sekali sahaja gagal melaporkan diri sewaktu dia terlibat dengan persembahan konsert di Sulawesi.

Ariel sebelum ini pernah dipenjarakan selama tiga tahun enam bulan di Penjara Kebonwaru, Bandung selepas disabitkan bersalah atas kontroversi klip video lucah yang mengaitkan dirinya. Bagaimanapun Ariel kemudian dibebaskan pada 23 Julai 2013.


Previous Post Next Post