Azad Jazmin Kini Miliki Kereta Mewah


Azad Jazmin Kini Miliki Kereta Mewah

Dalam diam-diam, pelakon drama dan filem, Azad Jasmin dah ada kereta mewah. Murai Batu dengar-dengar dia dah ada kereta Mercedes. Waahhh!!! Siapa kata jadi artis tak mampu beli kereta mewah.

Pastu yang terbaru Murai Batu dengar, nak beli motor berkuasa besar pula iaitu Ducati Diavel yang berharga lebih RM100,000. Jadi lepas ni, bergayalah Azad pusing-pusing Kuala Lumpur dengan motor baru.






Difahamkan, Azad mampu beli jenama-jenama mewah ini disebabkan dia aktif dalam perniagaan permasaran bertingkat iaitu (MLM). Syarikat apa yang dia aktif itu, Murai Batu kurang pastilah. Tak sangka si Azad ni pandai berniaga MLM.

Nak dijadikan cerita, bisnes MLM yang diusahakan oleh Azad telah menarik minat rakan-rakan artis yang lain seperti Shaheizy Sam, Zizie Izette, Keith Foo dan Farah Fauzana. Makin kencanglah pendapatan Azad lepas ni, yelah dah berjaya menarik minat nama-nama besar dalam industri.

Bagi Murai Batu, dimana ada kemahuan di situ ada jalan, kalau dah minat dan rajin buat pelbagai kerja sampingan baguslah. Janji ia tidak memudaratkan diri sendiri dan nama baik keluarga.


Previous Post Next Post