Bintang Korea, Lee Min Ho Impi Bercuti Di Pulau Tioman


Min Ho memberikan aksi istimewa bersama para peminatnya pada sesi beramah mesra yang diadakan di KLCC pada Ahad.

Pelakon terkenal dari Korea Selatan, Lee Min Ho menyimpan hasrat untuk melancong ke Pulau Tioman, Johor selepas salah seorang peminat menunjukkan gambar keindahan pulau tersebut kepadanya pada sesi bertemu peminat yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Ahad.

Min Ho, 27, yang tampil serba hitam pada sidang media yang diadakan di bilik 401 KLCC berkata demikian selepas ditanya apakah lokasi yang paling ingin dilawatinya selepas tiga kali hadir ke negara ini.






Jelas Min Ho, dia memang seorang yang sukakan kepada aktiviti luar selain gemar menghabiskan masa di pantai sekiranya mempunyai waktu terluang.


Santai...Min Ho ditemubual sambil duduk di sofa urut Osim uDiva.

"Saya cukup teruja apabila salah seorang peminat saya menunjukkan gambar-gambar keindahan di Pulau Tioman tadi. Ia bakal menjadi lokasi percutian saya selepas
ini," katanya.

Min Ho hadir ke negara ini sebagai salah satu rangka mempromosikan produk terbaharu jenama Osim iaitu Wonder Sofa Osim uDiva yang turut disertai oleh Pengurus Besar Osim Malaysia Sdn. Bhd, Chia Sook Fun.

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri seperti Boys Over Flower dan The Heirs itu turut bertindak sebagai duta kepada jenama berkenaan.


Min Ho turut mengambil peluang meraikan sambutan ulang tahun Osim yang ke-35 bersama-sama Penolong Pengurus Pemasaran Osim, Doris Chua (paling kiri), Pengurus Sumber Manusia Osim, Cheryl Chua, Pengurus Besar Osim, Chia Sook Fun, Pengerusi Osim, Datuk Tay Sim Kim dan Pengurus Jualan Osim, Weng Fei pada sesi bertemu peminat yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Ahad.
Dalam pada itu, bercakap mengenai Osim uDiva, Min Ho berkata, sofa yang lengkap dengan Teknologi Urutan Bebola-Kuasa 3D merupakan reka bentuk moden berdasarkan kepada kontur tubuh manusia.

Berkongis pengalaman menggunakan Osim uDiva, Min Ho berkata, sofa berkenaan mempunyai pelbagai program namun dia paling menggemari urutan menyeluruh dan berkuasa bagi melegakan otot-otot selepas seharian berada di lokasi penggambaran.

"Jadual waktu bekerja saya selalunya tidak menentu dan kerusi Osim uDiva sentiasa menjadi penyelamat untuk saya merehatkan badan yang penat selepas seharian
berada di lokasi penggambaran.


Min Ho menerima hadiah istimewa daripada Pengurus Besar Osim Malaysia, Chia Sook Fun iaitu tandatangan daripada kakitangan Osim khas buat pelakon itu.

"Secara estetiknya sofa ini kelihatan cukup cantik tidak sebagaimana kerusi urut yang lain dan saya boleh duduk serta berehat dengan selesa," katanya.

Malah kata Min Ho, dia turut mempunyai tiga buah sofa tersebut dengan warna berbeza di rumahnya yang turut digunakan oleh ibu dan adiknya.

Osim uDiva datang dalam tiga warna berbeza iaitu merah jambu (Gorgeous Pink), merah hati (Luscious Maroon) dan hitam (Stunning Black) dengan harga pengenalan RM6,788 seunit.

Selain Malaysia, Min Ho turut menjelajah ke lima buah negara lain untuk mempromosikan Osim uDiva dan bertemu peminat. Malah sebuah iklan televisyen turut dihasilkan untuk menyokong kempen berkenaan yang dibintanginya.


Min Ho sedang berkongsi kehebatan sofa Osim uDiva kepada wakil media yang hadir.

Dalam perkembangan lain bercakap mengenai projek terbaharunya, Min Ho berkata, dia bakal muncul dalam sebuah filem aksi berjudul Gangnam Blues yang menyaksikan dia membuat perubahan pada penampilannya.

Jelas Min Ho, dia yakin peminat akan menyukai filem itu kerana ia sebuah karya berbeza berbanding projek terdahulunya yang lebih kepada kisah percintaan dan
romantik.

"Saya cukup teruja dengan filem ini kerana ia lain daripada apa yang pernah saya lakukan sebelum ini. Peminat kena menonton untuk melihat perbezaannya,"
katanya.

Dalam perkembangan sama, Min Ho juga turut memberitahu, dia bakal melancarkan album terbaharunya berjudul Song For You pada Oktober ini.


Previous Post Next Post