Hi-5 janji kelainan



ANGGOTA kumpulan baharu Hi-5 terdiri daripada (diri kiri) Tanika, Ainsley, Dayen, Stevie dan Mary.

SELEPAS mendapat sambutan hangat pada tahun lalu, para pelakon yang membintangi rancangan televisyen kanak-kanak popular, Hi-5 kembali membuat persembahan istimewa di Rumah Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre, Sentul, Kuala Lumpur dari 10 hingga 14 Disember depan.

Acara yang dikenali sebagai Hi-5 House Hits 2014 itu menampilkan pelakon utamanya, Stevie Nicholson, Dayen Zheng, Ainsley Melham dan Mary Lascaris.






Jika sebelum ini, kumpulan muzik kanak-kanak yang dilancarkan di Australia pada tahun 1999 itu menampilkan Lauren Brant tetapi pada persembahan kali ini mereka bakal memperkenalkan ahli kumpulan baharu, Tanika Anderson.

Menampilkan sembilan persembahan istimewa, kumpulan muzik kanak-kanak itu dijamin memberi persembahan memukau dalam bentuk nyanyian dan tarian yang dapat ditontoni seisi keluarga.

Menerusi kenyataan akhbar daripada The Wonderland+, Hi-5 akan menghiburkan peminatnya dengan lagu-lagu hit mereka.

"Dalam acara Hi-5 House Hits 2014 ini, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan lagu popular Hi-5 seperti L.O.V.E, Ready Or Not dan Give 5.

"Selain itu, pengunjung yang terdiri daripada kanak-kanak juga tidak harus melepaskan peluang untuk berhibur dengan gerak tari yang mudah diikuti, lagu yang mudah dihafal serta pesta permainan menyeronokkan.

"Pengunjung turut berpeluang bertentang mata secara dekat dengan para pelakon popular Hi-5," jelas kenyataan akhbar berkenaan.

Sungguhpun begitu, buat julung-julung kalinya dua boneka yang merupakan rakan baik pelakon Hi-5, Chats dan Jup Jup akan turut serta dalam persembahan berkenaan.

Persembahan yang akan berlangsung pada 10 Disember depan itu akan bermula pada pukul 6 petang, manakala pada 11 hingga 14 Disember pula akan berlangsung dalam tiga sesi iaitu pukul 11 pagi, 2.30 petang dan 6 petang.




Bagi mereka yang belum mendapatkan tiket persembahan, jangan ketinggalan untuk mendapatkannya sebelum kehabisan.

Pelancaran pembelian awal tiket akan dilakukan pada 27 dan 28 September ini bertempat di Rock Corner, The Gardens, Kuala Lumpur dari pukul 12 tengah hari hingga 6 petang.

Lebih menarik, pemegang kad kredit UOB Bank layak untuk menikmati potongan harga sebanyak 15 peratus ketika pelancaran pembelian awal tiket tersebut.

Bagi 300 pembeli tiket terawal, mereka berpeluang menerima cenderamata istimewa Hi-5, poster dan pas eksklusif untuk bertemu dengan anggota kumpulan Hi-5.

Tiket-tiket berharga RM113, RM203 dan RM283 juga boleh diperoleh menerusi laman web www.ticketpro.com.my atau hubungi talian 03-4047 9000 atau 03-7880 7999.
Previous Post Next Post