Raja Bariq Umar Shah nama anak Noryn Aziz



JIKA sebelum ini Media Hiburan Online ada menyiarkan berita penyanyi Noryn Aziz yang telah selamat melahirkan cahaya mata pada 25 Ogos lalu, kini kami kongsikan pula nama dan wajah comel anak ini.






Noryn dan suami, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad telah sepakat menamakan anak mereka dengan nama, Raja Bariq Umar Shah. Malah, menerusi akaun Instagramnya juga, Noryn telah memuat naik foto Umar di dalam dakapan kedua ibu bapanya. Comel sungguh!

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Semoga kehadiran cahaya mata ini akan mengeratkan lagi hubungan mereka sekeluarga.


Previous Post Next Post