Sarimah Ibrahim, Tunku Nadzimuddin Selamat Bertunang


Sarimah Ibrahim, Tunku Nadzimuddin Selamat Bertunang

Pelakon dan pengacara popular, Sarimah Ibrahim selamat melangsungkan pertunangan dengan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, yang diadakan di Hotel Doubletree By Hilton pada jam 2.50 petang semalam.

Sarimah dan Tunku Nadzimuddin yang turut dikenali sebagai Jamie telah mula berkenalan sejak Sembilan bulan lalu ketika sama-sama menghadiri majlis makan malam seorang kenalan.






Bercakap kepada media selepas majlis pertunangan, Sarimah nyata gembira dan bersyukur kerana majlis itu berlangsung dengan lancar.

"Tempoh sembilan bulan kalau diikutkan cukup untuk kami kenal hati budi masing-masing, tapi sebenarnya untuk betul kenal seseorang, sembilan tahun belum tentu cukup kerana manusia ini sentiasa berubah.

"Tapi kami senang dengan sikap masing-masing yang seterusnya membawa kepada majlis pertunangan ini malah kata putus juga disepakati untuk kami melangsungkan pernikahan yang akan diadakan pada 2 April 2015 nanti," katanya.

Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tuanku Besar Burhanuddin turut berangkat hadir ke majlis pertunangan itu.

Hadir sama, kedua-dua ibu bapa pasangan, Tunku Dara Naquiah Alharhum Tuanku Jaafar, Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha, Ibrahim Ahmad dan Elizabeth Ibrahim Hanlon.


Previous Post Next Post