Bicara kes nusyuz Sari Yanti Disember depan



Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling hari ini menetapkan 17 Disember sebagai perbicaraan kes nusyuz yang difailkan oleh Mohd. Edy Casmadi Che Hussain, 34, terhadap isterinya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30.

Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah menetapkan tarikh itu setelah membenarkan permohonan kedua-dua pihak untuk menetapkan tarikh perbicaraan kes itu.

Semasa prosiding berlangsung Peguam Syarie, Marlina Amir Hamzah yang mewakili Sari Yanti memberitahu mahkamah pihaknya akan memfailkan afidavit pembelaan kes itu minggu hadapan.

“Ini adalah berikutan terdapat beberapa perkara yang masih dalam perbincangan bersama anak guamnya,” katanya.

Peguam Syarie yang mewakili Mohd Edy turut memaklumkan pihaknya akan memfailkan afidavit jawapan pembelaan pada 4 November.

Pada 8 September lalu, mahkamah menolak bantahan awal Sari Yanti dengan kos RM500.

Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003.

Mohd Edy kemudian memfailkan nusyuz ke atas isterinya pada 7 Mac lalu di bawah Seksyen 60(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003.


Previous Post Next Post