Farid Kamil: Diana tak cemburu lagi!



SELEPAS Cuti-Cuti Cinta, Bencinta dan Pengantin Malam, aktor Farid Kamil, sekali lagi bergandingan dengan aktres, Nora Danish dalam filem terbaru mereka, Anak Jantan.

Dalam filem tersebut, Farid yang memegang watak sebagai Darin bergandingan dengan Nora yang memegang watak sebagai Nara.






Gandingan itu sekali gus menjadi usikan kepada Farid, tidak cemburukah isterinya, Diana Danielle melihat gandingan tersebut?

"Tidak (tersenyum). Dia (Diana) sudah profesional, faham dan dia sendiri tidak sabar untuk menantikan malam gala Anak Jantan, kerana mahu menonton filem ini," katanya yang ditemui media selepas tayangan filem Anak Jantan di Cathay Cinneplex, e@Curve, Mutiara Damansara, semalam.

Di tebak mengenai penampilan Diana yang mengenakan tudung di laman sosial Instagram miliknya, Farid menjelaskan, Diana belum lagi bertudung sepenuhnya.

"Dia bertudung kerana berlakon dalam drama Perempuan Lindungan Kaabah dan sebuah telefilem baru-baru ini. Buat masa ini, dia belum bertudung sepenuhnya lagi," ujar Farid sambil tersenyum.


Previous Post Next Post