Lindsay Lohan bertunang?


LINDSAY didakwa sudah bertunang dalam diam kerana sebentuk cincin berlian yang tersarung pada jari manisnya.

Tiada sebarang gosip cinta, tiba-tiba sahaja bintang yang hangat dengan kontroversi, pelakon Lindsay Lohan didakwa telah bertunang dalam diam.

Walaupun berita berkenaan mengejutkan banyak pihak tetapi apabila pelakon berusia 28 tahun itu muncul di depan khalayak ramai dengan sebentuk cincin berlian tersarung pada jari manisnya 23 Oktober lalu, ia seumpama mengesahkan berita pertunangan tersebut.






Cincin berlian yang agak besar itu dipakai oleh Lindsay ketika muncul di London, England. Waktu itu dia baru sahaja selesai berlakon dalam sebuah pementasan teater berjudul Speed The Plow di teater The Playhouse.

“Kilauan daripada cincinnya cukup menarik perhatian. Wajah Lindsay juga kelihatan cukup gembira dan tenang tanda ada perkara yang sedang membuatnya cukup bahagia,” kata sumber.

Meskipun begitu, belum ada sebarang pengesahan sehingga kini bahawa cincin yang disarung oleh Lindsay itu merupakan cincin pertunangannya. Mungkin juga dia hanya mempamerkan koleksi cincin berlian dalam simpanannya.

Pada masa yang sama, tiada sebarang berita siapakah kekasih terkini Lindsay. Sebelum ini, pelakon yang terkenal dengan filem Mean Girls itu pernah bercinta dengan Aaron Carter, Wilmer Valderrama dan Jared Leto sebelum terlibat dengan percintaan sesama jenis.


Previous Post Next Post