Zain Saidin Cukur rambut demi anak?



MUNGKIN ini pertama kali peminat melihat bintang Oh My English! ini membotakkan kepalanya. Gambar tersebut dikongsi oleh isterinya, pelakon jelita Rozita Che Wan menerusi laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Imej baru Zain itu nampaknya menjadi perhatian apabila Zain yang sebelum ini selesa dengan pelbagai gaya dan warna rambut tiba-tiba berubah botak.






Ramai yang menganggap perubahan Zain itu berkait rapat dengan kelahiran anak sulungnya memandangkan Rozita telah menulis kapsyen yang berbunyi Che Ta iaitu ‘So good looking daddy to be’ bersama gambar tersebut.

Tindakannya itu sekali gus menghapuskan kontroversi mewarnakan rambutnya ketika menjalani penggambaran Oh, My English! dahulu.


Previous Post Next Post