Indah Ruhaila Tidak Anggap Diri Lebih Menyerlah Daripada Juara AF2013


Indah akui lagu Percayalah bawa namanya pergi lebih jauh.

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2013 (AF 2013), Indah Ruhaila tidak pernah menganggap dirinya lebih menyerlah daripada juara program itu iaitu Faizul Sany.

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 26, berkata, kedua-dua mereka mempunyai kelebihan dan mempunyai peminat tersendiri yang memberi sokongan selepas keluar daripada rancangan tersebut.

"Susah nak cakap tentang populariti atau kejayaan kerana bagi saya pertandingan sebenar adalah selepas keluar daripada program tersebut.

"Namun saya lihat kami masing-masing ada kelebihan berbeza, dia ada pengikut sendiri dan begitu juga saya. Pada saya itu semua rezeki masing-masing," katanya kepada mStar Online.




Sementara itu, Indah yang turut bertanding di malam kedua Separuh Akhir Muzik Muzik 29, pada malam Jumaat itu berkata, nasib lebih menyelebahinya berikutan kekuatan lagu Percayalah.

Jelasnya, lagu tersebut telah membawanya terus dikenali serta pergi lebih jauh berbanding rakan-rakan AF 2013 yang lain.

"Saya yakin disebabkan tuah lagu Percayalah ini yang sebenarnya membawa saya pergi lebih jauh daripada kawan-kawan lain.

"Bagaimanapun, saya yakin kawan-kawan yang lain juga mempunyai rezeki mereka sendiri selepas ini," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang pertandingan Muzik Muzik 29, Indah berkata, dia agak gementar kerana pertama kali beraksi di pertandingan besar selepas AF 2013.

Katanya, dia sentiasa menganggap pertandingan tersebut sebagai sebuah persembahan bagi mengurangkan rasa gugup ketika di pentas itu.

"Susah nak cakap macam mana perasaan saya di atas pentas dan bersaing dengan penyanyi penyanyi popular terutamany ada Datuk Hattan dan Dayang Nurfaizah.

"Saya hanya anggp ia sebagai satu persembahan sahaja dan bukan pertandingan kerana kalau tidak saya akan gugup," ujarnya.


Previous Post Next Post