Jane Shalimar sorok identiti kekasih



KISAH cinta yang dialami pelakon Jane Shalimar mungkin tidak seindah wanita lain. Percintaannya sebelum ini sering sahaja dikaitkan dengan masalah kecurangan.

Agak lama menutup kisah hati, pelakon sinetron PadaMu Aku Bersimpuh itu bagaimanapun sudah bersedia membuka lembaran baharu dalam hidupnya apabila dia kini didakwa sudah memiliki teman lelaki baharu.




“Kami berkenalan sudah lama. Dia sebenarnya bukan orang baharu dalam keluarga aku. Jika selama ini aku menghadapi masalah, dialah antara individu yang selalu memberi sokongan kepada aku,” ujar Jane baru-baru ini.

Wanita berusia 34 tahun itu mendedahkan, lelaki yang kini bertakhta di hatinya bukanlah tidak tergolong dalam kategori anak seni, sebaliknya merupakan seorang usahawan.

“Disebabkan sudah lama kenal, dia memberikan sepenuh kepercayaan kepada aku untuk terus berkecimpung dalam dunia seni. Sebenarnya, dia juga selalu memantau aku dari jauh,” ujar wanita kacukan Indonesia-Arab itu.

Ditanya tentang status teman lelakinya, Jane tidak berselindung memaklumkan bahawa lelaki tersebut merupakan seorang duda namun memilih untuk merahsikan identiti kekasihnya itu akibat masih trauma dengan kisah kegagalan dalam percintaan selama ini.

Kisah duka Jane bermula dengan perpisahannya dengan pelakon Verby. Jane kemudian menjalin hubungan dengan aktor, Iko Uwais selama dua tahun namun, hubungan itu putus kerana Iko memilih untuk mengahwini pelakon Audy Item.




Previous Post Next Post