Jennifer Aniston mahu berkelah di tanah kubur



PELIK sungguh ragam aktres terkenal Hollywood, Jennifer Aniston.

Jika diberikan peluang, dia mahu menghabiskan masa romantik bersama tunangnya, Justin Theroux di tanah perkuburan.

“Theroux memang kelakar, dia pernah mengajak saya berkelah di tanah perkuburan.

“Saya cuma ketawa ketika itu tetapi apabila difikirkan semula, apa salahnya mencari kelainan,” cerita Jennifer.

Pasangan itu telah bertunang sejak 2012 dan dijangka mendirikan rumah tangga sebelum hujung tahun ini.


Previous Post Next Post