Leez Rosli, Aepul Drama Band nikah Sabtu ini


Leez Rosli, Aepul Drama Band

PELAKON Cerita Hantu Malaysia, Leez Rosli dan vokalis Drama Band, Aepul bakal bernikah Sabtu ini selepas mengikat tali pertunangan pada 11 Disember tahun lalu.

Namun majlis resepsi pasangan ini akan diadakan Februari depan ekoran tuntutan jadual kerja masing-masing yang begitu padat bulan depan.

Memetik laporan media, Leez memberitahu majlis pernikahan mereka sudah beberapa kali tertangguh gara-gara jadual kerja mereka.




“Untuk tidak buang masa, kami segerakan dulu perkara yang wajib iaitu nikah,” katanya.

Sementara itu, melalui lama mikro Twitter malam tadi, Aepul akui berdebar menanti Sabtu ini.

“Zaman bujang berbaki tiga hari lebih lagi. Berdebarlah pula,” tulis penyanyi itu.



Previous Post Next Post