Leez Rosli nikah Sabtu ini



PELAKON dan bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat, Leez Rosli, mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada Sabtu ini, 27 Disember.

Leez atau nama sebenarnya Rosliza Rosli yang ditemui selepas selesai tayangan filem terbarunya Cerita Hantu Malaysia berkata, majlis pernikahannya bersama Aepul Drama Band akan diadakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati, Kuala Lumpur.




"Saya tahu berita ini agak mengejutkan, tapi itu bukan bermaksud saya tidak mahu menjemput media. Cuma saya segan menguar-uarkan majlis pernikahan saya kerana siapalah saya ini. Takut nanti media tak sudi pula untuk datang.

"Bagaimanapun jemputan tersebut tetap dibuat dan pihak Aepul yang akan menguruskan hal jemputan itu nanti.

"Berkenaan tarikh pernikahan pula, kalau ikutkan, sudah beberapa kali tertangguh kerana jadual kami yang tidak mengizinkan. Jadi ibu Aepul minta kami bernikah dahulu dan resepsi akan diadakan Februari," ujarnya.

Tambah Leez, mengikut perancangan asal, dia mahu membuat majlis pernikahannya secara kecil-kecilan sahaja.

"Kami bertunang pada 11 Disember lalu dan sejujurnya kami memang nak buat secara kecil-kecilan, namun memikirkan jemputan yang akan hadir, kami menyewabanglo besar untuk majlis itu demi keselesaan,'' katanya.



Previous Post Next Post