Najwa ganti Yuna di AJL29



PENYANYI berbakat besar, Najwa Mahiaddin telah dipilih untuk membawakan lagu 'Lelaki' di pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) selepas penyanyi asal lagu itu.

Langkah itu diambil ekoran komitmen Yuna di Amerika Syarikat yang jatuh pada tarikh yang sama, lapor Media Hiburan.

Ini bukanlah kali pertama lagu Yuna dinyanyikan oleh penyanyi lain di pentas berprestij ini.




Dua tahun lalu, Aizat Amdan diberi tanggungjawab membawa lagu 'Terukir Di Bintang' sehingga bergelar juara.

Tidak dinafikan pemilihan Najwa dilihat tepat dan ramai beranggapan dia bakal membawakan lagu tersebut dengan jayanya tanpa dibayangi oleh penyanyi asal.

Apatah lagi, Anugerah Juara Lagu mempertaruhkan lagu dan bukannya penyanyi.

Anugerah Juara Lagu ke 29 ini bakal berlangsung 18 Januari depan.





Previous Post Next Post