Park Han Byul dan Se7en Putus Selepas 12 Tahun Bercinta



Se7en dan Park Han Byul akhirnya berpisah selepas tiada keserasian dalam perhubungan cinta mereka.

SAYANG sekali, hubungan cinta Park Han Byul dan Se7en yang dijalinkan selama 12 tahun berakhir apabila pasangan itu membuat keputusan untuk berpisah.

Menurut laporan Soompi, hubungan mereka mula renggang sejak tahun 2013 lagi, dan cuba menyelamatkan perhubungan tersebut agar tidak berpisah.

"Nampaknya masing-masing mempunyai haluan hidup sendiri. Selepas cuba memperbaiki cinta itu, mereka mendapati hubungan yang dijalinkan sudah tiada keserasian," kata sumber.

Bagaimanapun, Park Han Byul dan Se7en atau nama sebenarnya Choi Dong Wook berpisah dengan cara baik.

Difahamkan Park Han Byul kini sudah rasmi menjalinkan hubungan dengan aktor Jung Eun Woo pula.



Previous Post Next Post