PM Arah Usaha Bantu Mangsa Banjir Diperhebat


Perdana Menteri mengarahkan operasi untuk membantu mangsa banjir di beberapa buah negeri diperhebatkan.

Datuk Seri Najib Tun Razak, menerusi laman Twitternya pada Jumaat berkata, beliau telah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai cara untuk meningkatkan operasi bagi membantu mangsa yang terjejas akibat bencana banjir itu.

"Saya meminta Muhyiddin untuk meningkatkan lagi operasi penghantaran bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dalam perbualan tersebut," kata Najib yang kini berada di luar negara.




Beliau berkata demikian susulan kenyataan pada Khamis di mana beliau menyakinkan semua rakyat Malaysia bahawa pihak berkuasa cuba untuk menyelamatkan mangsa dan menghantar bantuan walaupun berdepan pelbagai kesukaran akibat cuaca yang tidak menentu.

Lebih 100,000 mangsa di beberapa negeri dipindahkan ke pusat pemindahan berdekatan berikutan situasi banjir yang semakin buruk.



Previous Post Next Post