SonaOne Genre hip hop diiktiraf



SEJAK beberapa tahun lalu, pelbagai isu telah dibangkitkan oleh pejuang muzik hip hop yang mahu karya mereka turut diberi peluang dan ruang untuk bersaing dengan genre lain.

Namun siapa sangka, kerja keras mereka yang tidak pernah berputus asa membuktikan kepada industri kemampuan muzik itu sangat berbaloi apabila kejayaan lagu Inggeris, No More nyanyian dan ciptaan penyanyi rap SonaOne berjaya memenangi trofi Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 21 (AIM 21).

Kemenangan itu dilihat sebagai pemecah tradisi dan bukti muzik bukan lagi semata-mata tentang bahasa tetapi kualiti sesebuah lagu yang dihasilkan.

Keputusan ini juga membuktikan industri muzik tempatan kini dilihat lebih terbuka dalam menilai sesebuah muzik yang mampu memberi impak yang lebih positif.



Previous Post Next Post