Zarina Zainuddin bakal dedah suami, madu



JUJURNYA sudah ramai wartawan hiburan yang bertanyakan siapa gerangan suami pelakon ini. Ada juga yang menanyakan kehidupan selepas berkahwin serta membesarkan empat orang anak sepanjang mendirikan rumah tangga kirakira 21 tahun lalu.

Apa tidaknya, sebelum ini, kecoh di dadadada akhbar apabila wanita ber­usia 44 tahun itu hanya mendedahnya status dirinya yang bahagia hidup bermadu.

Meskipun hidup secara berpoligami, Zarina Zainuddin bersyukur kerana suami tersa­yang tidak pernah membezakan kasih sayang dan perhatian terhadap keduadua isterinya.

Malah, hubungan akrab aktres jelita itu dengan madunya terpancar melalui jalinan usaha sama perniagaan yang dijalankan menerusi syarikat Addura Marketing Sdn. Bhd.

Berkesempatan bertemu pelakon itu di lokasi penggambaran drama bersiri Keluarga Karaoke, pelakon genit ini tampil merungkai kisah rumah tangga yang dipendam selama 21 tahun, malah dia tanpa berselindung akan mengadakan sidang akhbar untuk memper­kenalkan gerangan suami dan madunya pada hujung bulan ini. Ikuti temubual Sensasi Bintang:




SENSASI BINTANG: Khabarnya Zarina bakal mengadakan sidang media untuk memperkenalkan gerangan suami dan madu pada 31 Disember ini. Betul ke?

ZARINA: Ya. Pada 31 Disember ini saya akan mengadakan majlis tahlil 100 hari sempena pemergian datuk saya. Selepas itu, saya akan mengadakan sidang media untuk mengumumkan siapa sebenarnya suami dan madu saya yang selama ini menjadi tanda tanya ramai pihak. Manakala, pada keesokan harinya saya akan mengadakan majlis ulang tahun perkahwinan. Bagi saya, sudah tiba masanya untuk mendedahkan kepada khalayak setelah hampir 21 tahun berahsia mengenai kisah rumah tangga yang disimpan rapi dalam kotak hati.

Boleh ceritakan mengenai keputusan anda untuk mendedahkan gerangan suami dan madu setelah hampir 21 tahun mendirikan rumah tangga?

Sejujurnya saya mahu menjaga maruah diri kerana ramai pihak di luar sana yang beranggapan saya masih berstatus janda. Apa tidaknya, sehingga kini masih ramai yang mengganggu sepanjang saya menjalankan perniagaan di laman sosial Instagram dan Facebook. Mereka menyalahgunakan nombor telefon peribadi yang saya letakkan di profil bagi memudahkan urusan jual beli. Boleh dikatakan hampir setiap malam saya diganggu dan diajak keluar bertemu walaupun sudah berkalikali saya menjelaskan status saya yang sudah berkahwin.

Apakah yang mendorong Zarina untuk melakukan sidang akhbar ini. Adakah baru kini suami anda bersedia untuk kisah rumah tangganya diketahui umum atau madu anda melarangnya sebelum ini?

Majlis ini dibuat atas keputusan bersama. Sebenarnya suami saya seorang yang sangat terbuka, namun saya perlu menjaga hati isteri pertamanya. Biarpun madu saya seorang wanita yang low profile tetapi saya amat menghormati keputusannya supaya saya sentiasa menjaga maruah diri dan suami. Katanya, kalau boleh jangan dihebahkan dulu. Itulah sebab saya simpan rahsia perkahwinan ini selama 21 tahun. Lagipun ketika suami mahu melamar saya sebagai isteri kedua, saya telah meminta izin daripadanya terlebih dahulu.

Baiklah mungkin anda boleh kongsikan mengenai majlis yang bakal berlangsung pada 1 Januari ini?

Saya akan memperkenalkan keluar­ga besar saya dalam satu majlis persandingan pada 1 Januari depan. Pada hari tersebut, saya, suami dan madu akan bersanding sekali lagi bagi menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke31 dan ke21 tahun.

Sebelum mengakhiri temuramah ini, apakah panggilan yang harus diucapkan kepada anda memandangkan madu anda dikenali sebagai Datin Seri?

Apabila saya menghadiri majlis keluarga sebelah suami, mereka memanggil saya dengan panggilan Datin Seri juga tetapi saya lebih selesa dengan panggilan Zarina sahaja kerana saya perlu menghormati kedudukan isteri pertama. Sejujurnya saya lebih selesa dengan panggilan Zarina kerana hidup ini tidak perlu berangan. Apabila kita ambil hak orang, jadi jangan sesekali mengadaada (sambil ketawa).



Previous Post Next Post