Arjun Rampal jawab isu Suzanne Khan



TIADA berita yang lebih panas mengenai pelakon kacak, Arjun Rampal, 42, selain spekulasi cinta dengan bekas isteri Hrithik Roshan, Suzanne Khan sehingga dituduh sebagai punca perpisahan pasangan itu.

Walaupun kenyataan telah dibuat oleh isteri Arjun sendiri, Mehr Jessia, pelakon itu sebenarnya masih tidak senang berhubung perkara tersebut.

“Saya tidak boleh menyekat orang ramai daripada bercakap mengenai saya. Bagaimanapun saya bersetuju, sejak lebih setahun lalu, masyarakat lebih berminat mengetahui perkembangan kisah peribadi saya berbanding kerjaya. Jadi, saya tidak akan menghalang sesiapa daripada terus bersuara.

“Namun, yang pasti saya akan tetap dengan pendirian seperti sebelum ini, iaitu menyimpan semua cerita peribadi untuk pengetahuan saya sendiri dan hanya mengulas mengenai kerjaya dan filem.

“Tiada ruang untuk cerita-cerita sampah dalam hidup saya,” tegasnya yang bakal muncul menerusi filem Roy yang diarahkan oleh Jacqueline Fernandes.




Kali terakhir Arjun muncul di layar perak ialah menerusi filem Satyagraha kira-kira setahun setengah yang lalu. Tidak lama lagi, beberapa buah filem lakonannya, Love Affair, Daddy dan Rock On 2 akan ditayangkan di pawagam.

“Tahun 2015 telah menghadiahkan pelbagai perkara baharu kepada saya. Roy ditayangkan selepas 18 bulan filem terakhir saya keluar di pawagam dan saya sangat teruja menantikannya.

“Pada awal Januari lalu, anak perempuan saya menempuhi alam remaja dan saya sangat bimbang memikirkannya walaupun dia tidak pernah mendatangkan sebarang masalah kepada kami.

“Cuma, saya sangat melindungi anak-anak perempuan saya walaupun Mehr mendekati mereka dengan cara berkawan dan berkongsi cerita setiap hari,” kongsi Arjun.



Previous Post Next Post