Johan & Isteri Rancang Tubuhkan Syarikat Produksi Milik Sendiri



Oleh kerana sering bersama ketika satu satu penggambaran produksi selama ini, Johan yang mula dikenali menerusi program Raja Lawak merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat produksi dan penerbitan sendiri untuk memudahkan isterinya untuk lebih aktif dalam dunia lakonan.

“Bila dia shooting saya kena ikut dan begitu juga apabila saya shooting dia akan menemani saya pula ke lokasi yang berikutnya. Lagipun pada tahun ini, saya akan buat dengan production sendiri dan ini memberikan Ozlyn peluang untuk bergerak aktif kembali dalam bidang lakonan.




“Saya juga senang untuk berlakon disebabkan saya boleh menyesuaikan masa dan kerjaya saya sebagai penyampai radio. Syarikat saya diberi nama JWH Production,” katanya yang ditemui semasa sidang media Anugerah MeleTOP ERA (AME) 2015 kelmarin.

Dalam perkembangan lain, Johan berkata yang kontroversi serta gossip yang melanda pasangannya dalam kumpulan Jozan, Zizan Razak tidak sesekali menjejaskan jenama kumpulan itu sendiri dan mereka masih bersama selain menganggap diri sebagai adik beradik.

Rancang Buat Persembahan Khas Untuk Peminat Jozan

“Dia antara kawan yang sudah dianggap sebagai adik-beradik. Dia sudah besar dan matang dalam hala tuju kehidupannya. Mungkin orang sudah tidak nampak kami bersama di kaca TV disebabkan komitmen lain, tetapi kami masih membuat private show bersama apabila diundang”

“Dalam setiap persembahan Jozan, kelemahan saya dia tutup dan begitu juga dengannya, boleh dikatakan kami ini melengkapi antara satu sama lain untuk membentuk Jozan. Lagipun saya ada perancangan untuk membuat persembahan kepada peminat-peminat Jozan tidak lama lagi cuma masih dalam mencari masa dan tarikh yang sesuai,” tambahnya.

Johan bersama-sama Nabil Ahmad, Zizan Razak dan Neelofa dipilih menjadi pengacara Anugerah Meletop ERA (AME) 2015 yang akan berlangsung pada 22 Februari ini.




Previous Post Next Post