Kolaborasi G-Dragon & Justin Bieber Hanya Gosip



G-Dragon dikhabarkan bakal berkolaborasi dengan Justin Bieber.

LAPORAN mengenai penyanyi k-pop terkenal G-Dragon yang dikatakan bakal berkolaborasi dengan penyanyi Justin Bieber ternyata palsu.

Menurut laporan Soompi, perancangan itu tidak akan berlaku dalam masa terdekat dan ia turut disahkan oleh pihak pengurusan G-Dragon iaitu YG Entertainment.

"Projek tersebut hanya di peringkat perbincangan sahaja dan ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini. Ia cuma gosip sahaja," kata wakil syarikat tersebut.

Justin dan G-Dragon mempunyai hubungan baik dan mereka pernah sama-sama mengadakan persembahan di Seoul, Korea Selatan pada Oktober lalu.



Previous Post Next Post