Kristen Steward Mahu Berehat Dari Dunia Lakonan



PELAKON filem Twilight, Kristen Steward mengakui akan berhenti sementara daripada kehidupannya sebagai seorang pelakon.
Seperti dipetik E!Online, Kristen berkata, dia mengambil peluang tersebut untuk berehat dan melalui kehidupan seperti wanita biasa.

"Selepas bekerja keras pada tahun lepas, saya fikirkan perlukan berehat sementara buat masa ini dan melalui kehidupan seperti orang biasa dan melakukan perkara yang kamu sukai," ujarnya.

Kristen berkata demikian ketika mengulas gambar-gambarnya bersama pembantu peribadi dengan melakukan aktiviti riadah tanpa melakukan penggambaran sejak awal 2015.

Dia juga menggunakan peluang itu juga untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan teman-teman rapatnya.



Previous Post Next Post