MyEG: Kumpulan Peniaga Bantah Sistem Baharu, Kenaikan Caj



Tiga puluh persatuan peniaga dan dewan perniagaan membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyalurakan perkhidmatan mereka kepada dua syarikat swasta yang dikatakan merumitkan lagi proses membawa pekerja asing ke Malaysia.

Menurut mereka penggunaan khidmat MyEG Services Berhad bagi tujuan pembaharuan permit dan arahan mandatori penggunaan Sistem Pengurusan Setempat Pekerja Asing (FWCMS) untuk memproses Visa Dengan Rujukan (VDR) kepada pekerja asing juga menaikkan kos mereka.




"Kami memahami bahawa kedua-dua sistem ini masih di peringkat percubaan.

"Tidak adil untuk mewajibkan sistem ini tanpa memberi pilihan kepada pengguna untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan sebelum ini oleh KDN," kata Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia (ACCCIM), Tan Sri Teo Chiang Kok pada sidang akhbar bersama kumpulan itu pada Rabu.

Beliau berkata, walaupun komuniti perniagaan menyokong pembahruan ke arah sistem 'e-pengambilan' pekerja, sistem itu perlu lebih cekap, produktif dan tidak menelan kos.

Tambah beliau tindakan mewajibkan proses dalam talian merupakan keputusan yang tidak boleh diterima.

"Apa tujuan Akta Persaingan Malaysia 2010 jika kerajaan sendiri menyokong perlakuan memonopoli? Tujuan Akta ini adalah untuk memastikan bahawa keadaan seperti itu tidak berlaku," katanya.

Teo berkata mereka mahu Kementerian Sumber Manusia mengendalikan semua hal berkaitan sumber manusia dan pekerja asing dan bukannya KDN.



Previous Post Next Post