Radhi OAG dapat anak perempuan


Radhi, Ayu dan Rifdhi

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan Radhi OAG atau nama sebenarnya M Radhi Razali dan isteri, Nor Shahira Ayu Zahiri yang berjaya melahirkan seorang anak perempuan.

Melalui akaun Twitter OAG Official, @_OAG_ berkata "Tahniah buat Radhi and Ayu selamat melahirkan baby girl. Doakan semoga semua dipermudahkan. Alhamdulillah."



Radhi mengikat ikatan perkahwinan bersama Ayu di masjid Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Jumaat, 4 April 2014.

Penyanyi tersebut juga pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif, pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia sepuluh tahun.



Previous Post Next Post