Rozana Minta Awie Lepaskan Cara Baik



Selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Selasa lalu memutuskan hak penjagaan sementara tiga anak mereka diserahkan kepada Rozana, isteri kepada penyanyi Awie itu berkata beliau kini terbuka hati untuk selesaikan kemelut rumahtangga secara baik.

Rozana Misbun dalam satu temubual bersama mStar Online, meminta supaya suaminya, Awie melepaskannya secara baik jika tidak lagi bahagia untuk hidup bersama namun untuk anak anak, Rozana bersedia untuk berbaik dan duduk berbincang.




“Kalau betul saya gagal memberikan kebahagiaan yang Awie cari selama ni, lepaskan saya dengan cara baik. Tapi demi kebajikan anak-anak, saya bersedia untuk berbaik dengannya dan duduk berbincang. Kita jadi kawan”

“Kalau benar Awie dah hilang rasa hormat pada saya sebagai manusia dan isteri, hormatilah saya sebagai ibu yang bersengkang nyawa untuk melahirkan anak-anaknya. Itu saja yang saya minta”

Rozana juga menafikan dakwaan yang beliau bersikap curang dengan suaminya itu lebih lebih lagi dengan status Awie yang mempunyai pengikut sendiri sehingga memiliki gelaran ayahanda.

“Sepanjang sembilan tahun berkahwin, hidup mati saya hanya untuk Awie dan keluarga. Saya tak tahu ruang manakah untuk saya berpeleseran dengan lelaki lain? Lagipun, dengan imej Awie sebagai ayahanda, ada ke lelaki yang berani nak kacau isterinya ini,” tambahnya lagi.




Previous Post Next Post