Siti Nurhaliza Enggan Mengulas Lanjut Status Facebook Saari Amri



Di tengah kekecohan orang ramai bercakap tentang penahanan Zamani Slam atas tuduhan salah guna dadah ketika ini, seorang komposer terkenal Saari Amri telah memuat naik satu status di akaun Facebook beliau mengaitkan nama Dato’ Siti Nurhaliza.




Saari Amri dalam entri di Facebook menulis “Siti Nurhaliza tahu mengapa Zamani jadi macam itu” yang seterusnya mencetuskan tanda tanya ramai peminat tentang apa kaitan penyanyi popular itu dengan situasi sekarang selain persoalkan motif komposer tersebut.



Bercakap kepada Berita Harian baru baru ini, Siti Nurhaliza telah memilih pendekatan untuk tidak mengulas lanjut hal berkenaan kerana tidak mahu mencampuri urusan pihak lain.

“Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain,” katanya ringkas.



Previous Post Next Post