Suka Lelaki Bijak, Fazura Selesa Berkawan Dengan Taufik Batisah



Tidak mahu berselindung mengenai perasaannya terhadap Taufik Batisah, Fazura mengakui bahawa dia memang suka berkawan dengan penyanyi tersebut.

Malah, Fazura juga menyatakan dia cukup selesa menjalinkan hubungan dengan penyanyi itu sambil menyifatkan Taufik seorang lelaki yang bijak. Namun, Fazura menjelaskan hubungan mereka tidak lebih sekadar kenalan rapat.




“Memang sejak dari dulu lagi kami memang berkawan baik tetapi hubungan rapat kami tidaklah sampai selalu bermesej. Kalau berjumpa pun sekadar bertegur sapa dan berbual tentang perkembangan masing-masing.

“Sekarang ini, mungkin kami nampak lebih rapat sebab setiap minggu kami sebagai juri Maharaja Lawak Mega (MLM). Saya suka berkawan dengannya kerana dia seorang yang bijak dan saya sukakan lelaki bijak,” katanya.

Selain itu, setiap kali Fazura memuat naik gambarnya bersama Taufik di Instagram, sering kali peminat mengatakan mereka memang sepadan berdua. Apa-apa pun, kita tunggu apakah akan ada episod sambungan mengenai hubungan mereka yang bermula sebagai kenalan rapat ini.



Previous Post Next Post