Tempoh jaminan polis terhadap Zamani dilanjut



Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim (tengah), bersama peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar (kanan), ketika menjawab soalan pihak media selepas membuat pendaftaran jaminan polis di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang di Kuala Lumpur, hari ini. Tempoh jaminan polis dilanjutkan sehingga jam 11 pagi Jumaat ini.

TEMPOH jaminan polis terhadap bekas vokalis Kumpulan Slam, Zamani yang ditahan berhubung kes dadah tujuh hari lepas disambung sehingga Jumaat ini.

Peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Zamani memberitahu pemberita bahawa kertas siasatan telahpun dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk pertimbangan sama ada meneruskan kes ataupun sebaliknya.




Beliau yang ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya turut memberitahu bahawa jaminan polis tersebut membolehkan Zamani berehat dan menjalani kehidupan normal sebelum proses mahkamah bermula.

Zamani yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang pula berkata bahawa beliau semakin sihat dan berterima kasih kepada peminatnya yang memberikan sokongan agar dirinya tabah menghadapi dugaan.

"Saya okey, terima kasih kepada peminat yang masih menyokong saya," katanya.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, telah ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah kira-kira jam 12.30 tengah malam, Rabu lepas.



Previous Post Next Post