Azmil Bergelar Juara Mentor Legend, Bawa Pulang RM300,000



Memperoleh 86 peratus markah secara keseluruhan, protege kepada Dayang Nurfaizah iaitu Azmil menepati ramalan apabila berjaya meraih gelaran juara program Mentor Legend yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.




Azmil atau nama sebenarnya Azmil Karim, berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM300,00 serta trofi.

Protege ratu rock Malaysia, Ella, iaitu Aina Abdul Ghani mendapat tempat kedua dengan mendapat 68 peratus markah, sekali gus meraih wang tunai berjumlah RM200,000 serta trofi.

Manakala protege Amy Search, Sarah atau Maisharah Fazny Mahadzir (61 markah) yang mendapat tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi.

Apa yang lebih membanggakan buat Azmil apabila keseluruhan juri memberikan pujian yang terbaik kepadanya. Selain memenangi hadiah wang tunai, Azmil turut membawa pulang sebuah Proton Iriz dan juga baucar Zalora bernilai RM10,000.



Previous Post Next Post