Belon Udara Panas Mendarat Di Kawasan Kubur



Sebuah belon udara panas yang 'mendarat' di kawasan perkuburan.

Sebuah belon udara panas yang berlepas dari kawasan Fiesta Belon Udara Panas Pulau Pinang mencetuskan kekecohan di kalangan orang awam apabila ia "mendarat" di sebuah kawasan perkuburan di Air Itam di sini.

Orang ramai yang berada di kawasan sekitar bergegas ke lokasi kejadian apabila mereka melihat belon itu mendarat di "tempat yang salah".

Gambar-gambar belon yang "tersalah mendarat" itu tersebar sehingga menjadi viral di media sosial.




Ketua Pegawai Ekesekutif Penang Global Tourism (PGT), Ooi Chok Yan menjelaskan bahawa kesemua tiga belon udara panas mendarat dengan selamat di dalam lingkungan 3.7 kilometer dari kawasan ia berlepas di Taman Perbandaran Pulau Pinang.

"Kesemua tiga belon itu melakukan penerbangan dan pendaratan yang lancar.

"Pengendali belon udara panas itu memilih ruang yang terbaik di kawasan yang lapang dalam lingkungan itu untuk mereka mendarat selamat," katanya sambil menambah bahawa belon itu mendarat di jalan di kawasan perkuburan dan bukannya di atas mana-mana kubur.



Previous Post Next Post