Giliran Khairy Jamaluddin Jadi Pengarah Filem Pendek Bertemakan Kewanitaan



Siapa tidak kenal Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin yang sangat dekat santai orangnya. Tahukah anda kini beliau juga merupakan seorang pengarah?

Sebenarnya, Khairy terlibat di dalam penghasilan filem pendek yang membawa mesej berkaitan dengan isu kewanitaan – Ikal Mayang. Melalui perkara tersebut, Low Ngai Yuen, selaku orang kuat Ikal Mayang mengakui dia kagum dengan kebolehan Khairy.



“Saya sendiri teruja melihat hasil kerja beliau dan jalan cerita yang ditampilkan. Anda perlu tonton sendiri untuk mengetahuinya,” katanya.

Selain Khairy, Lisa Surihani, Adibah Noor, dan Afdlin Shauki juga turut menghasilkan karya mereka sendiri untuk dipertontonkan kepada khalayak pada tahun ini.

“Projek ini akan bermula Jumaat ini dan anda bakal saksikan karya yang hebat daripada semua pengarah terbabit,” tambah Yuen lagi.

Kita nantikan apakah buah tangan yang bakal dibawakan oleh Khairy yang sebelum ini pernah memenangi anugerah Wired Celebrity Award di malam kemuncak Shout! Awards tahun 2013. Adakah kali ini beliau mampu memenangi hati anda lagi?

Previous Post Next Post