Hafiz Suip Selamat Bertunang Bersama Pilihan Hati



Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Hafiz Suip yang sudah selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama gadis pilihan hatinya bernama Effy, yang diadakan di Kuching, juga hari yang sama dengan hari lahirnya. Antara yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Black dan juga Aril (AF7).



Sebelum ini, Hafiz sendiri pernah memberitahu bahawa keluarganya telah menghantar rombongan merisik pada 21 Disember tahun lalu serta memberi masa selama setahun untuk membuat persiapan sebelum melangsungkan perkahwinan selain menunggu kekasihnya tamat pengajian.

Apa pun, kami ucapkan tahniah kepada Hafiz kerana telah melangkah selangkah lagi ke alam perkahwinan. Semoga semua persiapan menjelang perkahwinan nanti akan berjalan lancar dan jangan terlalu buat kerja berat ya, tulang belakang kena jaga juga.

Previous Post Next Post