Ibu Yusof Haslam Meninggal Dunia Kerana Sakit Tua



Ibu kepada Produser filem Datuk Yusof Haslam meninggal dunia kira-kira pukul 6.40 pagi Sabtu kerana sakit tua.

Yusof, 61, berkata, ibunya Bahyah Talib, 93, menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, dekat sini.

"Ibu saya meninggal dunia pagi tadi akibat sakit tua. Dia mengalami komplikasi pelbagai penyakit termasuk kencing manis.

"Allahyarham di masukkan ke Pusat Perubatan Pantai sejak dua minggu lalu selepas keadaan kesihatannya semakin buruk," ujarnya kepada Artis Meletop, di sini, Sabtu.

Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang sebelum Zohor.



Previous Post Next Post