Johan, Ayda Jebat Mengungguli Anugerah MeleTOP ERA, Bawa Pulang RM10,000



Tahniah kepada Mohammad Yazid Lim, 30, atau lebih popular dengan panggilan Johan kerana berjaya membolot empat kategori di kemuncak Anugerah MeleTOP Era (AME 2015). Ternyata jenaka dan persona Johan masih lagi berbisa mengalahkan calon yang lain.




Johan membawa pulang trofi bagi kategori Penyampai Radio Meletop, Program Radio Meletop, Artis Lawak Meletop dan Top Top Meletop (Lelaki) di tahun kedua AME semalam yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil.

Tersenarai sebagai antara kegemaran ramai bersama-sama dengan rakan selebriti lain seperti Amyra Rosli, Puteri Balqis dan juga Zul Ariffin, Ayda Jebat berjaya membolot anugerah Artis Baru Meletop dan juga dinobatkan sebagai artis Top Top MeleTOP AME 2015.

Anda boleh membaca senarai penuh pemenang AME 2015 untuk kesemua kategori di laman web rasmi mereka.

Kedua-dua mereka membawa pulang RM10,000 berserta trofi sumbangan Astro. Sementara itu pemenang bagi setiap kategori menerima wang tunai sebanyak RM5,000 dan trofi.



Previous Post Next Post