Kaca Mata Unik Tanda Kehadiran Selebriti Di AME 2015



Kehangatan Anugerah MeleTop Era 2015 (AME 2015) yang akan berlangsung pada Ahad (esok) semakin dirasai.

Lebih-lebih lagi apabila selebriti terkenal tanah air mula memuat naik beberapa foto mereka memakai kaca mata unik tanda kehadiran meraka pada majlis tersebut dengan hashtag #YESAME2015 di akaun Instagram masing-masing.

Lebih menarik lagi, para selebriti begitu ‘sporting’ mengenakan kaca mata tersebut sambil berselfie dengan gaya mereka tersendiri.

Antaranya ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Neelofa, Amyra Rosli, Nabil Ahmad, Zizan Razak, Dato’ AC Mizal dan Elizabeth Tan.

Menerusi foto-foto yang dimuat naik artis-artis popular tersebut, Astro Gempak dapat rasakan Anugerah MeleTop Era 2015 akan berlansgung dengan begitu meriah sekali!




Jadi, kepada penonton, jangan lupa untuk menyaksikan AME 2015 pada Ahad, 22 Februari bermula dengan siara secara langsung Konsert Tirai Anugerah MeleTOP Era pada jam 8.30 malam diikuti dengan Anugerah MeleTOP Era pada jam 9.00 malam.

Siaran langsung dibawakan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105), Maya HD (saluran 135) dan Astro HITZ.

Tak Percaya?

Jom lihat foto-foto ‘cool’ mereka yang diambil menerusi akaun Instagram mereka sendiri.





Previous Post Next Post