Keluarga Kardashian kemalangan


KIM KARDASHIAN dan anak sulungnya, North.

FEBRUARI menjadi bulan malang untuk keluarga bintang realiti, Kim Kardashian apabila dia dan anaknya, North West serta dua adiknya, Khloe dan Kylie dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu di Bozeman, Montana, Amerika Syarikat.

Menurut laporan portal hiburan TMZ, ketika kemalangan berlaku, kereta yang mereka naiki dipandu oleh Khloe. Kenderaan mereka hilang kawalan kerana jalan licin akibat pembentukan ais pada permukaan jalan raya.

Polis melaporkan, kesemua mangsa kemalangan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kemalangan itu berlaku hanya selepas dua minggu bapa mereka, Bruce Jenner terlibat dalam satu insiden jalan raya yang menyebabkan seorang wanita maut.




"Semua mangsa masih terkejut, namun, mereka bersyukur kerana tidak ada kejadian buruk yang berlaku," kata sumber.

Sebelum ini apabila Bruce terlibat dalam kemalangan jalan raya, kesemua anaknya berada di samping lelaki itu untuk memberi sokongan kepadanya. Meskipun Bruce bukanlah punca kemalangan maut itu, dia tetap diselubungi rasa bersalah.

"Bruce juga masih terkejut kerana kemalangan itu berlaku di hadapan matanya. Dia sendiri melihat mayat wanita dibawa keluar daripada kereta yang terlibat dalam kemalangan

"Berita kemalangan anak-anaknya itu pasti akan memberi lebih tekanan buat Bruce," ujar sumber yang rapat dengan keluarga tersebut.



Previous Post Next Post