Kim Kardashian kecewa



TERKENAL menerusi program realiti Hollywood, Kim Kardashian mengakui kesal dan kecewa dengan segelintir masyarakat yang memandang rendah penglibatannya dalam industri seni selama ini.

Katanya, sering kali dia dipandang rendah kerana lahir sebagai bintang program realiti.




"Bagi mereka bintang yang lahir daripada program seumpama ini tidak layak mendapat pengiktirafan dan dipandang tinggi seperti bintang-bintang Hollywood sedia ada.

"Kerana itu, mereka sering bertanya apa yang saya lakukan selama ini. Kalau boleh ingin sahaja saya suruh mereka bertanya kepada mesin ATM dan melihat daripada mana datangnya wang yang ada dalam mesin itu," katanya.

Tambah Kardashian, dia tidak faham mengapa mentaliti masyarakat masih rendah terhadap perkara itu.

"Saya mahu mereka ubah persepsi tersebut dan membuang tanggapan bahawa menjadi bintang realiti adalah sesuatu yang negatif," katanya.



Previous Post Next Post