Kim So Eun Mahu Kahwin Pada Usia 30 Tahun



PELAKON Kim So Eun memberitahu dia hanya akan berkahwin selepas umurnya mencapai 30 tahun.

Menurut laporan Herald Korea, So Eun, 25, mahu memberi fokus kepada karier lakonannya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal perkahwinan.



"Saya tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat kerana buat masa ini karier menjadi keutamaan saya.

"Mungkin pada usia 30 baharu saya sedia untuk berbuat demikian," katanya.

Baru-baru ini pelakon itu dikaitkan sedang bercinta dengan aktor, So Ho Jun namun dia menafikan perkara itu.

"Kami hanya berkawan dan tidak lebih daripada itu," katanya.

Previous Post Next Post