Lagu Baharu A Pink Saingi Carta Utama Jepun



SELEPAS berjaya menempa nama di Korea Selatan, kumpulan A Pink kini menjadi sebutan di Jepun selepas melancarkan single terbaharu mereka berjudul Mr. Chu.

Lagu Mr Chu dilancarkan pada 18 Februari lalu dan kini menduduki tempat ketiga teratas di carta utama negara itu iaitu carta Oricon.

Pada Khamis sahaja, sebanyak 11,062 buah album terjual.

Kumpulan tersebut juga menyaingi kumpulan asal negara Jepun iaitu SMAP dan Super*Girl dalam carta tersebut.

Kumpulan A Pink kini sedang menjelajah beberapa kota di Jepun untuk bertemu peminat-peminat mereka.

Jom kita layan A Pink - Mr Chu





Previous Post Next Post