Nora Danish & Nedim Rai Tahun Baru Cina Bersama, Shahrol Shiro Bawa Kekasih?



Comel apabila Nora Danish dan Nedim mengenakan busana tradisional masyarakat Tiong Hua dalam satu majlis sambutan Tahun Baru Cina, pada Khamis.

Namun, ada sesuatu yang lebih mencuri perhatian apabila terselit sekeping foto Shahrol Shiro bersama seorang wanita pada majlis sama.

Foto tersebut telah dimuat naik Nora dan kemudiannya di ‘repost’ semula oleh Nedim menerusi akaun Instagram masing-masing dan telah menimbulkan tanda tanya pengikut mereka.




Rasa-rasanya siapa gerangan wanita yang memakai baju hitam putih disamping Shahrol itu? Kekasih atau peminat yang berada di majlis sama?

Walauapapun, jom kita cuci mata dengan foto-foto sekitar majlis sambutan Tahun Baru Cina yang berlangsung di Segamat, Johor ini.

Sebelum itu, Astro Gempak ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Tiong Hua di negara ini.

Gong Xi Fa Cai!

Foto: Instagram Nora Danish, Nedim, Shahrol





Previous Post Next Post