Uqasha Senrose Nafi Dirisik Anak Hartawan, Anggap Gosip Tidak Berasas



Khabarnya kini Uqasha Senrose sedang diintai oleh seorang anak hartawan namun empunya badan menafikan sendiri perkara tersebut dan juga terkejut dengan khabar angin tersebut.

Menurut Uqasha, dia sendiri tidak pasti siapakah individu dimaksudkan sedang mendekati dirinya dan hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas membacanya di akhbar.




“Saya langsung tidak mengetahui mengenai perkara itu dan pada saya gosip berkenaan adalah mengarut dan tidak mempunyai asas. Malah saya sendiri tidak mengetahui anak hartawan mana yang dimaksudkan,” katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Uqasha sendiri mengatakan dia sendiri turut berasa pelik kerana sering dijadikan sasaran gosip biarpun perkara berkenaan tidak benar dan berharap agar perkara yang sama tidak berulang lagi di masa hadapan.

“Sudah-sudahlah buat cerita tidak benar mengenai saya. Saya sendiri pun tidak faham,” ujarnya.



Previous Post Next Post