Zahiril Adzim & Shera Aiyob Tunai Umrah



Tahniah kepada Zahiril Adzim dan juga Shera Aiyob yang kini sedang mengerjakan umrah selama 12 hari di Tanah Suci Mekah baru-baru ini.





Melalui gambar yang dikongsikan pelakon di laman Instagram miliknya, Zahiril suka berkongsikan setiap nama lokasi yang diziarahinya dan juga menerangkan sedikit sebanyak mengenai lokasi tersebut kepada pengikut laman sosialnya itu.

Sementara itu, anak pertama mereka, Nadi Anaqi, bagaimanapun tidak dapat turut serta bersama mungkin juga kerana masih kecil.

Apa-apa pun, kami doakan agar perjalanan dan juga ibadah mereka berjalan lancar di sana. Suka kami melihat pasangan ini berada di tanah suci bersama.

Previous Post Next Post