Fasha Sandha Lebih Selesa Lakukan Sendiri Perkara Berkaitan Anak Di Rumah



Isu tanggungjawab menjaga anak yang digalas orang gaji merupakan perkara yang seringkali menjadi perdebatan dan menurut pelakon Fasha Sandha, dia tidak mahu tugas tersebut diambil alih pembantu rumah.

“Rutin di rumah saya memang sibuk sebenarnya menjaga anak. Biarpun ada pembantu rumah, saya tak suruh dia buat semua kerja berkaitan anak. Kebanyakannya untuk soal anak di rumah, saya buat sendiri”

“Dalam erti kata lain, apa saja urusan di rumah membabitkan anak mesti ada ahli keluarga. Saya tak percayakan 100 peratus khidmat pembantu rumah. Jadi kalau saya dan suami ada komitmen kerja, sesekali ibu dan ibu mentua pasti ada membantu menjaga anak,” katanya kepada BH Online.


Menerusi perkahwinannya dengan Rizal Ashram Ramli pada April 2012, mereka dikurniakan Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima. Fasha kini dilihat begitu bahagia meniti fasa indah dirinya bergelar isteri dan ibu.

“Alhamdulillah, saya memanjat kesyukuran atas kehidupan ini. Hidup rasa gembira dan meriah dengan kehadiran dua anak yang melengkapkan kehidupan. Rasa sempurna diri ini sebagai wanita,” jelasnya yang turut mengakui kini sedang berusaha untuk mendapatkan berat badan ideal.

Previous Post Next Post