Lana Nordin kahwin 15 Mei



SETELAH melalui episod duka dalam percintaan sebelum ini, akhirnya aktres kontroversi, Lana Nordin, mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya kurang dua bulan lagi.

Menerusi sidang media yang diadakan pada Rabu (semalam) di Hotel Istana, Kuala Lumpur, Lana dan bakal suami, David McKienzie, memilih tanggal 15 Mei 2015 untuk disatukan.

Kurang dua bulan lagi, akui Lana, 35, tarikh yang dipilih itu bersesuaian dengan masa yang ada memandangkan jadual mereka amat padat.


“Tiada apa yang istimewa dengan tarikh ini, cuma saya merasakan ianya adalah waktu yang sesuai, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat.

“Saya memilih bulan Mei kerana pada Jun depan, jadual bakal suami saya akan lebih padat lagi dengan aktiviti sukannya,” kata pelakon ini lagi.

Tambah Lana, dia dan pemain bola tampar Olimpik Amerika Syarikat (AS) itu mula berkenalan pada Oktober tahun lalu di Singapura.

“Tiada apa yang saya harapkan untuk majlis itu nanti selain ianya berjalan dengan lancar,” tambahnya lagi.



Previous Post Next Post