Malique Too Phat kini menetap di Johor


Malique Too Phat

DALAM suasana malam yang indah dan tenang, sambil ditemani sang bulan dan sang bintang, Diva didendangkan dengan alunan suara Datuk Jamal Abdillah dan Malique menerusi lagu Aku Maafkan Kamu.

Diva memang suka betul dengan lagu nukilan Malique yang satu ini. Bait-bait liriknya juga hebat dan memiliki kata-kata yang mendalam. Antara bait-baitnya,


‘Ada teratak di hujung kampung,

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak’

Lantas Diva terkenang mengenai Malique. Memang selama ini peminat penyanyi dan komposer hebat ini begitu ternanti-nanti kemunculan semula beliau di persada seni.

Ramai juga yang mahu tahu perkembangan terkini Malique. Apa khabarnya? Bagaimanapun, bekas ahli kumpulan hip hop, Too Phat ini mengambil pendekatan tidak mahu muncul di khalayak lagi. Entah kenapa, hanya Malique sendiri yang tahu puncanya.

Dalam pada berkhayal, Diva dikejutkan dengan panggilan telefon daripada teman lama yang kini sudah menetap di Johor Bahru, Jojie.

Dalam nada teruja, Jojie memberitahu Diva yang dia dapat tahu Malique kini sudah berpindah ke Johor Bahru. Tidak lagi menetap di Kuala Lumpur. Tak hairanlah kenapa Malique sukar dijejaki selama ini. Rupa-rupanya sudah berpindah ke sana.

Previous Post Next Post