Neelofa Kecewa Rakan Sendiri Kritik Secara Terbuka



Kecoh seketika mengenai Neelofa baru-baru ini apabila dia dikatakan melenting dengan teguran mengenai busana yang dikenakan olehnya pada Anugerah MeleTOP ERA 2015 baru-baru ini yang dikatakan menyerupai sotong, lebih-lebih lagi kritikan tersebut adalah daripada kenalannya sendiri.

Namun menurut Neelofa sendiri, dia sebenarnya kecewa kerana teguran tersebut datangnnya daripada rakan sendiri dalam masa yang sama menafikan bahawa dirinya tidak boleh ditegur mahupun dikritik.



“Soalnya di sini, bukan saya tidak boleh ditegur atau dikritik cuma apabila kritikan itu keluar daripada mulut orang yang saya kenal baik, itu yang buat saya agak geram dan membalasnya”

“Dia bukan tak kenal saya. Dia kenal keluarga saya dan kami pernah makan bersama. Malah kami juga pernah bekerja sekali. Kenapa dia perlu mengkritik di media sosial, sekaligus mengeruhkan lagi keadaan?”

“Saya percaya kalau dia kawan, dia boleh menegur pakaian saya menerusi mesej atau panggilan telefon. Sebab itu saya hilang pertimbangan dan membalas kritikannya,” jawab Neelofa menerangkan situasi dirinya yang dikatakan tidak boleh menerima kritikan.

Pakaian Neelofa pada malam anugerah tersebut merupakan hasil rekaan Fiziwoo dan pereka tersebut sendiri mengakui sebelum ini bahawa Neelofa membelanjakan sejumlah untuk busana tersebut malah penghasilannya baju tersebut juga turut dirujuk beberapa pakar fesyen antarabangsa yang lain.



Previous Post Next Post