Neelofa Tunai Umrah Bersama Ibu



Manis sungguh kami lihat raut wajah pelakon dan juga pengacara ini, Neelofa, bergambar bersama ibunya di tanah suci ketika sama-sama mengerjakan umrah di sana. Menurut kemaskini Neelofa di Instagram, dia kini berada di Madinah.


Walaupun kini Neelofa dalam masa yang sama sibuk dengan perniagaan jenama tudungnya sendiri dan juga dalam bidang pengacaraan namun figura awam ini masih sempat mendekatkan diri kepada Tuhan. Pemergian Neelofa mengerjakan umrah mendapat ribuan reaksi positif daripada peminat setianya di Instagram.

Apa-apa pun, kami doakan agar Neelofa selamat pergi dan selamat pulang. Pasti banyak perkara yang mahu dikongsi pelakon ini bila pulang ke tanah air nanti. Mungkin juga selepas pulang daripada umrah, Neelofa bakal bertemu jodoh, eh?

Previous Post Next Post